Ingkar PKP: 25 individu ditahan di pusat hiburan

Kesemua yang ditahan dibawa ke mahkamah pada pagi Sabtu untuk mendapatkan perintah reman.
Kesemua yang ditahan dibawa ke mahkamah pada pagi Sabtu untuk mendapatkan perintah reman.
A
A
A

GEORGETOWN - Seramai 25 individu termasuk tiga wanita warga asing ditahan ketika sedang leka berhibur di sebuah pusat hiburan di Kompleks Midlands, Pulau Tikus, di sini awal pagi Sabtu.

Serbuan pada jam 12.30 pagi itu hasil risikan Bahagian Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang.

Ketua JSJ Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Rahimi Ra'ais berkata, kesemua mereka ditahan kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan melakukan aktiviti yang dilarang.

Menurutnya, selain ingkar PKP, kumpulan terbabit juga terlibat dengan penyalahgunaan dadah apabila saringan air kencing mendapati sembilan daripada mereka positif dadah.

"Ketika serbuan, seramai 19 orang pelanggan termasuk tiga wanita warga asing dan seorang wanita tempatan sedang berhibur di dalam pusat hiburan yang terletak di tingkat tujuh kompleks berkenaan.

"Kita turut menahan enam lelaki yang dipercayai penjaga serta pekerja pusat hiburan berkenaan. Kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Timur Laut untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Kesemua yang ditahan dibawa ke mahkamah pada pagi Sabtu untuk mendapatkan perintah reman.
Kesemua yang ditahan dibawa ke mahkamah pada pagi Sabtu untuk mendapatkan perintah reman.

Rahimi berkata, semakan dibuat mendapati premis berkenaan mempunyai lesen perniagaan dan hiburan yang sah, namun beroperasi dalam tempoh yang tidak dibenarkan.

Artikel Berkaitan:

Difahamkan, premis berkenaan menjalankan perniagaan apabila mendapat permintaan atau tempahan khas daripada pelanggan tetap yang dipercayai sahaja.

Sementara itu, Rahimi berkata, kesemua mereka berusia antara 22 hingga 40 tahun dibawa ke mahkamah pada pagi Sabtu untuk mendapatkan perintah reman.

Katanya, mereka akan disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 17 (1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

"Tiga wanita warga asing akan disiasat mengikut Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63 manakala mereka yang positif dadah disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," kata beliau.