X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 21 Oktober 2021

PBB kecam Israel bunuh penduduk Palestin

Penunjuk perasaan memegang bendera Palestin dan Turki semasa demonstrasi di luar Konsulat Israel di Istanbul sebagai membantah serangan udara dilancarkan di Gaza yang mengorbankan 20 orang. - Foto: AFP
A
A

GENEVA - Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa menzahirkan kebimbangan mengenai peningkatan ketegangan di wilayah dijajah di Palestin di timur Baitulmaqdis dan di daerah Sheikh Jarrah.

"Kami mengutuk sekeras-kerasnya keganasan dan semua hasutan kepada keganasan dan perpecahan etnik dan provokasi," kata jurucakap PBB, Rupert Colville memberitahu wartawan di Geneva.

Katanya, pasukan tentera Israel mesti membenarkan kebebasan bersuara, berpersatuan dan berkumpul.

"Tiada kekerasan perlu digunakan terhadap mereka yang menuntut hak secara aman.

"Apabila menggunakan kekerasan, ia sepatutnya memenuhi standard hak asasi manusia antarabangsa," tambahnya.

Colville berkata, pejabat Ketua Hak Asasi Manusia PBB, Michelle Bachelet sangat prihatin mengenai kesan dan keganasan terhadap kanak-kanak.

"Kanak-kanak ditahan harus dibebaskan dan semua ini harus ditenangkan kembali," kata Colville.

Israel dan kumpulan Hamas bertempur pada Selasa yang mengakibatkan 25 penduduk Palestin maut di Gaza sejak rejim Zionis menceroboh masjid Al-Aqsa ketika jemaah sedang menunaikan solat Jumaat pada minggu terakhir bulan Ramadan. - AFP


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!