Pengguna setia Jati menang RM5,000

Rohani bergambar bersama replika cek kemenangan bernilai RM5,000.
Rohani bergambar bersama replika cek kemenangan bernilai RM5,000.
A
A
A

SHAH ALAM- Pengguna setia produk beras jenama Jati dipilih menjadi pemenang hadiah utama peraduan ‘Kita Beli Beras, Dapat Duit Raya’ yang dianjurkan oleh syarikat pengeluar beras tempatan itu bersama Sinar Harian.

Rohani Ab Malik, 50, yang menggunakan beras Jati selama lebih 20 tahun diumumkan sebagai pemenang tempat pertama dalam peraduan tersebut yang membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000.

Wanita yang berasal dari Petaling Jaya berkata, dia sangat gembira dengan kemenangan tersebut dan menyifatkan ia sebagai satu penghargaan yang diberikan oleh beras Jati kepada pengguna setia produk syarikat tersebut.

“Saya memang pengguna beras Jati sebab keluarga saya pun daripada dulu lagi menggunakan beras Jati.

“Memang saya tak sangka dipilih sebagai pemenang, rasa sangat seronok dengan penghargaan yang diberikan,” katanya ketika ditemui selepas acara meraikan pemenang peraduan ‘Kita Beli Beras, Dapat Duit Raya’ di sini pada Isnin.

Pemenang tempat kedua, Wan Zulhazri Wan Zulkifli berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 dan pemenang ketiga Ahmad Fauzi Mohd Zain memenangi wang tunai RM1,500.

Wakil pemenang tempat kedua bergambar bersama replika cek bernilai RM3,000.
Wakil pemenang tempat kedua bergambar bersama replika cek bernilai RM3,000.

Lima pemenang sagu hati pula ialah Mansor Ahmad, Siti Aishah Abdul Rahman, Hasnul Hisam Ghazali, Nurdiana Bakri dan Nurulain Muhammad Snin masing-masing membawa pulang wang tunai RM500 setiap seorang.

Artikel Berkaitan:

Rohani yang merupakan seorang suri rumah berkata, kualiti yang dimiliki oleh beras Jati menjadi faktor yang menyebabkan dia dan keluarga terus menjadikannya sebagai produk pilihan makanan dari generasi ke generasi.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah berkata, objektif penganjuran peraduan tersebut adalah untuk memberikan penghargaan kepada pengguna beras Jati dan juga pembaca Sinar Harian.

“Sepanjang sebulan peraduan ini dianjurkan, kita menerima lebih 1,500 penyertaan daripada seluruh Malaysia.

Wakil pemenang tempat ketiga bergambar bersama replika cek bernilai RM1,500.
Wakil pemenang tempat ketiga bergambar bersama replika cek bernilai RM1,500.

“Kita amat berbangga dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh peserta untuk menyertai pertandingan ini,” katanya.

Muhammad Nasir turut berharap, penganjuran peraduan bersama beras Jati itu dapat dilakukan lagi pada masa akan datang.

Peraduan ‘Kita Beli Beras, Dapat Duit Raya’ yang bermula 1 hingga 28 April lalu itu menawarkan wang kemenangan keseluruhan berjumlah RM12,000.

Jenama Jati yang dikeluarkan oleh Serba Wangi Sdn Bhd (Serba Wangi) merupakan produk beras berkualiti yang mendapat keyakinan masyarakat Malaysia sejak tahun 1995.

Sebagai antara pengeluar beras utama di Malaysia, Serba Wangi merupakan syarikat yang terlibat dalam keseluruhan proses pengeluaran bermula dari peringkat pemprosesan pembungkusan hingga pengedaran pelbagai jenis beras dan produk berasaskan beras.

Rohani (dua dari kiri) menerima replika cek berjumlah RM5,000 daripada Muhammad Nasir pada majlis yang diadakan di Kumpulan Karangkraf pada Isnin.
Rohani (dua dari kiri) menerima replika cek berjumlah RM5,000 daripada Muhammad Nasir pada majlis yang diadakan di Kumpulan Karangkraf pada Isnin.

Dalam usaha untuk menawarkan produk yang terbaik buat pengguna, syarikat berusia 26 tahun itu juga kini telah mengeluarkan lebih daripada 20 jenis produk bagi memenuhi keperluan pengguna berlainan dari segi harga dan jenis.

Selain daripada beras tempatan, beras import, beras basmathi, beras rebus dan produk yang dibuat berasaskan beras seperti bihun dan tepung, Serba Wangi juga bakal melancarkan produk terbaharunya seperti tepung jagung dan tepung ubi kayu dalam masa terdekat.

Pada masa sama, syarikat tersebut juga telah melancarkan siri jenama Jati Signature yang menyediakan beras daripada kualiti dan gred terbaik dan serta diiringi pembungkusan berwajah baharu pada 2019.