Belia ada kuasa ubah dinamik sosial

Mohd Yusrie (duduk, tengah) bersama dengan badan-badan gabungan Majlis Belia Sabah menyatakan sokongan kepada gerakan Rasuah Busters.
Mohd Yusrie (duduk, tengah) bersama dengan badan-badan gabungan Majlis Belia Sabah menyatakan sokongan kepada gerakan Rasuah Busters.
A
A
A

SHAH ALAM - Golongan belia perlu sedar bahawa mereka mempunyai kuasa mengubah dinamik sosial dan politik dalam memerangi rasuah.

Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Sabah, Mohd Yusrie Abdullah berkata, belia sendiri harus bertindak menjadi ‘polis tambahan’ dalam menangani isu rasuah.

Namun begitu katanya, belia tidak boleh bertindak di luar lunas undang-undang dan perlu mengikuti prosedur sebelum melaporkan jenayah rasuah.

“Biar ia menjadi prosedur operasi standard (SOP) pertubuhan belia di Sabah untuk sentiasa mengamalkan integriti dan serius dalam urus tadbir pertubuhan serta sentiasa prihatin dengan isu semasa,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Mohd Yusrie menyampaikan ucapan dalam pelancaran Kempen Belia Rasuah Busters pada Khamis.
Mohd Yusrie menyampaikan ucapan dalam pelancaran Kempen Belia Rasuah Busters pada Khamis.

Mohd Yusrie berkata, Kempen Belia Rasuah Busters Sabah yang dilancarkan pada Khamis sebagai tanda menyokong gerakan Rasuah Busters wajar diimplementasi secara berterusan.

Menurutnya, kekuatan Majlis Belia Sabah (MBS) serta badan-badan gabungan diyakini mempunyai keupayaan untuk menjadikan rasa benci dan jijik terhadap rasuah ini sebagai norma baharu dalam kalangan belia.

Dalam pada itu, Ketua Pasukan Rasuah Busters, Datuk Hussamuddin Yaacub mengucapkan tahniah atas usaha MBS melancarkan kempen tersebut.

Artikel Berkaitan:

“Ia sebagai usaha menyelamatkan masa depan negara daripada dirosakkan pengaruh budaya rasuah dan salah guna kuasa,” katanya.