Terima kasih Nicol, kamu legenda!

Nicol Ann David
A
A

PEMINAT sukan tanah air dikejutkan dengan pengumuman rasmi ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David yang mahu bersara pada Jun ini dan kebanyakan mereka memberikan kata-kata semangat kepada bekas juara dunia itu dalam media sosial hari ini.

Begitu juga dengan rakan-rakan atlet baik di Malaysia mahupun di luar negara turut memberikan kata-kata semangat kepada pemain yang akan menjangkau usia 36 tahun pada Ogos hadapan.

Bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menerusi twitter @Khairykj turut mengucapkan terima kasih kepada Nicol atas kejayaan pemain itu dalam mengangkat nama negara di persada dunia.

"Thank you for everything, Nicol. Greatest of all time. One of Malaysia's most outstanding daughters. It was an honour to serve you (Terima kasih atas segalanya, Nicol. Yang terhebat sepanjang masa. Seorang anak perempuan Malaysia yang paling cemerlang. Ia satu penghormatan untuk berkhidmat kepada anda,” kata Khairy.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas dua dekad, Nicol bersara Jun ini

Bagi pemilik akaun Instagram @mysecretreasure, dia berasa sedih dengan berita yang diterima namun menghormati keputusan yang diambil Nicol.

“It’s really sad to learn this but I respect your decision. All the best Nicol! You are indeed a legend! Your smile and determination have inspired so many people! (Amat sedih bila mengetahui mengenainya tetapi saya menghormati keputusan anda. Semoga terbaik semuanya terbaik Nicol! Anda sebenarnya seorang lagenda! Senyuman dan semangat anda telah memberi semangat kepada ramai orang!),” katanya.

Sementara pemilik akaun Instagram @nanafzl pula mengucapkan terima kasih kepada Nicol yang sudah 20 tahun menabur bakti kepada negara sebagai seorang atlet.

“Thank you for your 20 years of service Nicol. You are truly the best, the legendary. You have done a super job as a sportsman. Thank you for your lovely performances. Hope you’ll enjoy every minute of your retirement. You will be missed but never forgotten. Always our Queen of Squash (Terima kasih di atas khidmat 20 tahun anda Nicol. Anda benar-benar yang terbaik, seorang lagenda. Anda telah melaksanakan tugas sebagai seorang ahli sukan yang terbaik, anda akan dirindui tetapi tidak dilupakan. Sentiasa Ratu Skuasy kami),” katanya.

Dalam pada itu, Nicol yang memuat naik status persaraan beliau di Instagram turut mendapat komen daripada rakan-rakan pemain skuasy terkemuka dunia seperti Raneem El Weleily dari Mesir yang menyifatkan pemain berusia 35 tahun itu adalah seorang legenda.

“No words will ever be enough, end of a legendary era (Tidak terhingga untuk diucapkan dengan kata-kata, bagi mengakhiri satu era legenda),” kata Raneem.

Seorang lagi pemain mesir, Ramy Ashour turut memberikan pendapat yang sama dan menyifatkan Nicol adalah seorang legenda yang akan terus menjadi inspirasi dalam arena sukan.

Antara komen pemain muda skuasy antaranya adalah Mariam Metwally dari Mesir: “A history that will live on forever, congratulation on an unforgettable journey legend (satu sejarah yang akan diingat selama-lamanya, tahniah atas satu perjalanan legenda yang tidak akan dilupakan).”

Setelah lebih dua dekad beraksi di gelanggang kaca, Nicol mengambil keputusan untuk menggantung raket selepas musim jelajah Persatuan Skuasy Profesional (PSA) 2018/2019 berakhir pada Jun ini.

Atlet berasal dari Pulau Pinang itu, yang pernah menduduki ranking nombor satu dunia selama sembilan tahun berkata, beliau sudah lama memikirkan perkara itu dan mengerti bahawa musim kali ini akan menjadi kejohanannya yang terakhir. - Bernama