Lemang Flyover

No Image Caption
A
A
A

Seorang pekerja, Mohamad Syafiq Afandy Mohamad Sofi memeriksa lemang bagi memastikan lemang masak dengan sempurna ketika tinjauan di Kampung Telaga Batu di Alor Setar.

Mengikut pengusahanya Fadzil Khalif, 52, beliau kini boleh berbangga mempunya perniagaan membuat lemang sendiri di pekarangan rumahnya di Kampung Telaga Batu di sini.

Lemang Flyover, hasil nama daripada idea peminat lemangnya dan beroperasi sejak 19 tahun lalu. Nama tersebut juga sempena lokasi membakar lemang terletak berdekatan dengan flyover Jalan Sungai Korok-Jitra.

Fadzil berkata, beliau mengolah rasa lemangnya dengan campuran santan dan susu lembu segar yang diperolehi dari ladang ternakan lembu berdekatan menjadikan Lemang Flyover menjadi rebutan peminat lemang setiap kali tiba musim perayaan.

Kebiasaannya, Fadzil menyediakan antara 20 hingga 30 kilogram beras pulut sehari bagi memenuhi permintaan pelanggan selain turut dijual di gerai sepanjang Ramadan.

Namun pada hari lebaran, sebanyak 500 kilogram beras pulut disediakan untuk menghasilkan 1,600 hingga 1,700 lemang bergantung kepada saiz buluh.

Bagi memenuhi permintaan lemang, Fadzil turut menempah sebanyak 80 kilogram susu lembu. Fadzil berkata, beliau mendapat permintaan ramai sekitar Alor Setar, Jitra dan Perlis dan terpaksa menolak permintaan saat akhir bagi memastikan kualiti lemangnya. - Foto Bernama

Artikel Berkaitan:
Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Kenderaan Transit Aliran Automatik

No Image Caption
GALERI

Jeram Pasu kering

No Image Caption
GALERI

Kraf Kelapa