Hina nabi, Pas tanya apa perkembangan kes

Nasrudin Hassan
Nasrudin Hassan
A
A
A

SHAH ALAM - Pas menuntut penjelasan pihak berkuasa berhubung perkembangan kes menghina Rasulullah SAW oleh seorang pemilik akaun Facebook.

Ketua Penerangannya, Nasrudin Hassan berkata, sehingga kini tiada tindakan segera diambil terhadap perkara itu.

“Pas mempersoalkan apakah perkembangan laporan polis yang telah dibuat oleh ramai pihak terhadap kebiadapan pemilik akaun Facebook itu.

“Adakah pihak polis masih melakukan siasatan atau mengabaikan laporan-laporan tersebut?

“Demikian juga Menteri Agama, di mana beliau? Beliau kelihatan agresif dalam isu LGBT, isu kumpulan LTTE (kumpulan Pembebasan Harimau Tamil Ealam) tapi kenapa isu penghinaan terhadap Nabi SAW tiada tindakan segera?,” katanya dalam satu kenyataan.

Baru-baru ini, tular menerusi laman sosial Facebook seorang lelaki yang menggunakan nama Foo Sing Wai telah memuat naik gambar karikatur didakwa menghina Rasulullah SAW.

Karikatur turut memuatkan kapsyen yang mengundang kemarahan umat Islam.

Dalam pada itu, Pas yang kesal tiada tindakan diambil pihak berkuasa meskipun sudah banyak laporan polis dibuat menuntut hukuman berat dikenakan ke atas individu yang bertanggungjawab.

Artikel Berkaitan:

“Pas kesal sudah banyak laporan polis dibuat terhadap mereka yang sengaja memuat naik tulisan memburukkan agama, umat Islam dan orang Melayu di Malaysia tetapi tiada tindakan tegas diambil terhadap mereka.

“Pas mahu pemilik akaun Facebook Foo Sing Wai yang telah menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri Baginda dikenakan hukuman berat. Tindakannya sangat kurang ajar, biadap dan tidak menghormati sensitiviti majoriti umat Islam di Malaysia,” katanya.

Katanya lagi, tindakan biadap seumpama itu semakin menjadi-jadi selepas PRU14 yang menyaksikan pertukaran kerajaan.

“Jangan berselindung di sebalik hak kebebasan semata-mata untuk menghina Islam. Tindakan biadab seperti ini semakin menjadi-jadi sejak kemenangan PH dalam PRU lalu. Apa yang pelik, mereka seolah-olah semakin berani dan tidak takut dengan tindakan undang-undang.

“Pas memberi amaran kepada mereka untuk tidak sesekali cuba untuk meranapkan keharmonian masyarakat di Malaysia,” katanya.