X

Kindly register in order to view this article
!

Dirogol kenalan ADUN: Polis akan panggil semula suspek, saksi

Gambar hiasan
A
A

KUALA LUMPUR - Suspek serta saksi kes rogol dipercayai melibatkan rakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di sini akan dipanggil semula bagi dirakam keterangan sekiranya diperlukan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan suspek dan saksi akan dipanggil untuk disiasat daripada aspek lain.

"Setakat ini dua individu telah ditahan pada Disember tahun lepas untuk disiasat dan dibebaskan dengan jaminan polis namun sekiranya perlu kita akan panggil semula suspek dan saksi kes ini untuk siasatan.

"Kertas siasatan sedang dilengkapkan sebelum kita serah kepada timbalan pendakwa raya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika melakukan tinjauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bazar Aidilfitri, di Jalan Tunku Abdul Rahman pada Ahad.

Pada Sabtu, polis mengesahkan pihaknya sudah menerima laporan daripada seorang wanita yang mendakwa dirogol oleh salah seorang daripada dua kenalan ADUN di sebuah hotel di Sri Hartamas pada Disember lalu.

ARTIKEL BERKAITAN Polis sahkan terima laporan wanita dakwa dirogol kenalan ADUN


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!