Ratusan rakyat Palestin cedera ditembak polis Israel
BAITULMAQDIS - Sekurang-kurangnya 200 rakyat Palestin cedera selepas polis Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa dan menembak jemaah menggunakan peluru getah dalam kejadian di wilayah timur Baitulmaqdis.
Memetik laporan media antarabangsa, ribuan jemaah berkumpul di majis tersebut pada Jumaat terakhir Ramadan dan melakukan demonstrasi sebagai solidariti terhadap pengusiran yang dilakukan oleh Israel.
Polis dan pasukan sempadan Israel telah menyerang penunjuk perasaan menggunakan gas pemedih mata, peluru getah dan bom tangan sejak beberapa hari lalu.
Puluhan rakyat Palestin turut dilaporkan ditangkap dalam kejadian tersebut.
Ketegangan di Baitulmaqdis semakin memuncak sejak beberapa minggu lalu, berikutan rakyat Palestin memprotes larangan Israel terhadap akses ke beberapa bahagian di Kota Lama ketika Ramadan.
Selain itu, pihak berkuasa mengarahkan beberapa keluarga Palestin meninggalkan rumah mereka bagi memberi jalan untuk penduduk Israel.
Amerika Syarikat (AS) menggesa ketegangan diredakan dan berkata, ancaman pengusiran itu akan memburukkan lagi situasi di Baitulmaqdis, susulan amaran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung pengusiran secara paksa itu akan membawa kepada 'jenayah perang'. - Awani
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang
27 April 2024 08:15am'Cuaca luar biasa ini rahmat bagi kami'
27 April 2024 07:20am'Spiderman', 'Spiderwomen' dicekup polis
27 April 2024 07:10amPerancis pertimbang sekatan baharu ke atas peneroka haram Israel
26 April 2024 04:26pmArab Saudi bakal ada calon Miss Universe?
26 April 2024 03:30pm'Saya mohon maaf kepada keluarga mangsa, anggota tentera' - Saifuddin Shafik
26 April 2024 01:49pm[VIDEO] Hantaran jelik hina kru TLDM terkorban, Saifuddin Shafik didenda RM23,000
26 April 2024 01:08pmBerpantang maut sebelum ajal
26 April 2024 11:28amPeniaga dibunuh kejam kerana dendam
26 April 2024 04:27pm