X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19 makin meningkat, Kelantan arah gerai tepi jalan ditutup

Kerajaan Kelantan mengarahkan semua perniagaan di tepi jalan di negeri ini ditutup sepenuhnya berkuatkuasa pada Ahad susulan peningkatan jumlah jangkitan Covid-19. Gambar hiasan
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan mengarahkan semua perniagaan di tepi jalan di negeri ini ditutup sepenuhnya berkuatkuasa pada Ahad susulan peningkatan jumlah jangkitan Covid-19.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan melalui kenyataan media pada Sabtu memaklumkan, pandemik Covid-19 di Kelantan semakin meningkat dan kes positif harian tidak menunjukkan sebarang tanda penurunan.

Kenyataan itu turut menyebut, keadaan lebih rumit apabila kemudahan kesihatan Covid-19 di negeri ini semakin kritikal.

"Keputusan penutupan semua kedai itu bagi mengelakkan orang ramai berkumpul di satu-satu tempat yang menjadi salah satu faktor penyumbang kepada penularan pandemik tersebut.

"Antara aktiviti yang dikenal pasti menarik perkumpulan sedemikian pada masa ini ialah gerai atau penjaja di tepi jalan," kata kenyataan itu.

Kata kenyataan itu itu, penjaja juga dilihat tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Tambah kenyataan itu, pemakluman berhubung langkah berkenaan sudah dipanjangkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk menguatkuasakan arahan tersebut.

"Patuhi arahan ini bagi mengelakkan berdepan tindakan undang-undang," kata kenyataan itu lagi.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!