Tubuh pasukan Baywatch di pantai Marang

Anggota APM membuat tinjauan di Pantai Pulau Kekabu dijadikan zon mandian selamat (Gambar kecil: Zabri Abd Razak)
Anggota APM membuat tinjauan di Pantai Pulau Kekabu dijadikan zon mandian selamat (Gambar kecil: Zabri Abd Razak)
A
A
A

MARANG - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) kini membuat persiapan awal bagi meletakkan Pasukan Penyelamat Pantai di Pantai Pulau Kekabu di sini bagi menjaga keselamatan pengunjung.

Pegawai APM Marang, Kapten (PA) Zabri Abd Razak berkata, anggota pasukan akan bertugas mengikut jadual pada cuti hujung minggu, cuti sekolah dan cuti umum untuk memastikan keselamatan awam terjamin.

Menurutnya, peranan pasukan penyelamat pantai itu ialah memantau keselamatan pengunjung dan memberi bantuan kecemasan awal sekiranya berlaku sebarang kejadian tidak diingini di pantai tersebut.

"Buat masa sekarang anggota APM Marang yang terlibat sedang membuat latihan dan tinjauan kawasan paling sesuai untuk dijadikan zon kawasan mandian selamat di kawasan Pantai Pulau Kekabu.

"Usaha masih di peringkat awal sebelum mengadakan mesyuarat dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan kelulusan sepenuhnya bagi menubuhkan pasukan 'baywatch' ini," katanya, hari ini.

Terdahulu, beliau mengetuai sepasukan anggota APM Marang membuat tinjauan untuk menetapkan zon kawasan mandian selamat serta latihan menyelamat di laut di Pantai Pulau Kekabu di sini.

Artikel Berkaitan: