Inkues Adib: Prosiding ditangguhkan, bapa saksi kemalangan

Hamdan Hamzah - Foto Bernama
A
A

SHAH ALAM - Perbicaraan Inkues Kematian Muhammad Adib Mohd Kassim yang sepatutnya berlangsung pagi ini ditangguhkan pada petang ini.

Ia berikutan saksi tidak dapat menghadirkan diri ke mahkamah kerana bapanya terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Pegawai Pengendali Inkues, Hamdan Hamzah memaklum perkara itu kepada Koroner, Rofiah Mohammad pada prosiding pagi ini.

"Saksi berkenaan baru menghubungi pegawai penyiasat dan dia memaklumkan terpaksa menjaga bapanya di hospital," katanya.

Menurutnya, pihaknya akan memastikan saksi berkenaan hadir memberi keterangan pada Khamis.

"Oleh itu saksi ini kami akan minta pihak polis berhubung dengan dia untuk memastikan kehadirannya," katanya.

Prosiding inkuiri itu memasuki hari ketujuh dengan 10 saksi telah hadir memberi keterangan.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia