X

Kindly register in order to view this article
!

HDC rai penghuni Rumah Bakti Nur Syaheera

Penghuni dan tetamu yang hadir turut merakamkan gambar kenangan.
A
A

CHERAS - Perbadanan Kemajuan Halal (HDC) meraikan 30 penghuni Rumah Bakti Nur Syaheera melalui penyerahan sumbangan wang tunai dan barangan keperluan dalam satu majlis yang berlangsung pada petang Khamis.

Penghuni rumah kebajikan itu turut menerima sumbangan mesin jahit yang merupakan sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) HDC.

Ketua Pegawai Eksekutif HDC, Hairol Ariffein Sahari berkata, pihaknya tidak hanya memfokuskan bantuan sumbangan wang tunai semata-mata namun turut melihat kepada keperluan penghuni di rumah kebajikan berkenaan.

Hairol (dua dari kiri) beramah mesra bersama penghuni di Rumah Kebajikan Nur Syaheera menerusi penyerahan sumbangan wang tunai dan barangan keperluan pada Khamis.
Hairol (dua dari kiri) beramah mesra bersama penghuni di Rumah Kebajikan Nur Syaheera menerusi penyerahan sumbangan wang tunai dan barangan keperluan pada Khamis.

"Kami dimaklumkan beberapa penghuni di rumah ini bercita-cita menceburi bidang jahitan serta rekaan fesyen. Jadi HDC turut menyampaikan sumbangan mesin jahit ini.

"Secara keseluruhan, jumlah sumbangan yang diberikan kepada penghuni rumah ini adalah bernilai sekitar RM20,000," katanya kepada Sinar Harian selepas menyerahkan sumbangan berkenaan.

Dalam pada itu, Hairol berkata, program CSR akan diteruskan lagi selaras dengan Program Pembangunan Bakat Muda HDC bagi menghasilkan tenaga pakar dalam industri halal.

Hairol (dua dari kanan) menyerahkan sumbangan duit raya kepada penghuni rumah selepas penyerahan sumbangan wang tunai dan barangan keperluan pada Khamis.
Hairol (dua dari kanan) menyerahkan sumbangan duit raya kepada penghuni rumah selepas penyerahan sumbangan wang tunai dan barangan keperluan pada Khamis.

Beliau berkata, dalam usaha meningkatkan tenaga pakar halal dalam kalangan anak muda, HDC tidak hanya menumpukan sumber di peringkat universiti atau pusat pengajian semata-mata namun telah bermula lebih awal menerusi program-program pembangunan tersebut.

"Jadi bermula dari sini lah kita akan lihat mereka yang berpotensi untuk diserapkan dalam program pembangunan bakat HDC," katanya.

Tambahnya, sejak HDC ditubuhkan, sebanyak 60,000 'Halal Skills Personnel' telah diwujudkan dan kini sedang berkhidmat di syarikat yang mempunyai pensijilan halal di Malaysia serta luar negara.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!