X

Kindly register in order to view this article
!

Pemuda UMNO Seremban putus hubungan dengan MCA

Zool Amali
A
A

SEREMBAN - Pemuda UMNO Bahagian Seremban membuat ketetapan untuk tidak lagi bekerjasama dengan MCA Negeri Sembilan dan Seremban.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seremban, Zool Amali Hussein menerusi notis makluman yang dikeluarkan berkata, keputusan itu berkuatkuasa serta-merta bermula pada Khamis.

"Memandangkan provokasi berterusan di dalam akhbar berbahasa Cina maka dengan ini Pergerakan Pemuda UMNO Seremban mengambil ketetapan untuk tidak bekerjasama dan tidak akan mengadakan sebarang program dan majlis bersama dengan MCA Negeri Sembilan dan Seremban.

"Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban memandang serius isu yang dibangkitkan oleh MCA di dalam akhbar Cina dan ini menunjukkan kami pemuda tegas dengan pendirian serta prinsip kami untuk meletakkan calon di Parlimen Seremban," katanya.

Sebelum ini, Pemuda UMNO Bahagian Seremban meminta MCA memberi laluan kepada parti itu untuk bertanding di kerusi Parlimen Seremban pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Ketuanya, Zool Amali Hussin berkata, MCA sudah bertanding di kerusi berkenaan selama tiga penggal, bagaimanapun tidak pernah sekali pun menang.

Pada Ahad lalu Sinar Harian juga melaporkan UMNO Bahagian Seremban telah membawa usul agar kerusi Parlimen Seremban ditandingi oleh calon mereka pada PRU15.

Zool Amali berkata, perkara itu telah diputuskan dalam mesyuarat UMNO bahagian baru-baru ini dan ia telahpun dibawa ke pengetahuan UMNO perhubungan negeri.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!