X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 26 Oktober 2021

Saya akan bayar kompaun ini: Najib

Najib Tun Razak
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan membayar kompaun selepas didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sebuah restoran pada 19 Mac lalu.

Menerusi satu hantaran di Facebook, beliau mengaku bersalah dan akan membayar kompaun tersebut.

“Selepas saya mengaku salah, saya dikompaun RM3,000 sebab melakukan dua kesalahan langgar SOP Covid iaitu tidak imbas suhu badan dan tidak scan MySejahtera.

“Saya akan bayar kompaun ini,” katanya menerusi satu kenyataan di Facebook pada Khamis.

Pada 19 Mac, Najib mengaku kesilapan beliau tidak mengimbas MySejahtera ketika makan di kedai dan meminta pihak berkuasa untuk mengeluarkan kompaun terhadapnya disebabkan kecuaian tersebut.

Pada 23 Mac lalu, polis menjalankan siasatan mengenai video tular di media sosial yang memaparkan Najib yang didakwa melanggar SOP PKPB di sebuah restoran di sini.

Dalam pada itu, Najib berkata, pemilik restoran tersebut turut dikenakan denda sebanyak RM10,000.

“Saya dan orang biasa akan disiasat polis dan didenda kerajaan.

“Kalau menteri-menteri kerajaan langgar SOP, saya tak tahulah,” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!