X

Kindly register in order to view this article
!

Nuklear Malaysia agih bubur lambuk

Warga Nuklear Malaysia ketika menyediakan bubur lambuk.
A
A

KUALA LUMPUR - Bagi mengimarahkan Ramadan tahun ini, Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) telah mengambil inisiatif menganjurkan Program Ihya' Ramadan 2021:Infak Bubur Lambuk 2021.

Nuklear Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, inisiatif itu merupakan program komuniti yang digerakkan melalui Kelab Nuklear Malaysia dengan kerjasama Pusapanita Nuklear Malaysia, Koperasi Kakitangan Puspati Berhad, Bahagian Pengurusan Maklumat dan Unit Komunikasi Korporat.

Menurut kenyataan itu, program khidmat masyarakat dengan slogan 'Rakan Komuniti Anda' ini bukan sahaja diagihkan untuk warga Nuklear Malaysia, malah turut diedarkan kepada komuniti setempat.

“Hasil sumbangan yang dihulurkan oleh warga Nuklear Malaysia, jawatankuasa penganjur telah dapat menyediakan hampir 1000 pek bubur lambuk untuk diedarkan.

"Bubur lambuk itu diedarkan ke Masjid Raudhatul Jannah di Kampung Sungai Buah, Dengkil, Masjid Kariah Bangi di Kampung Bangi Lama dan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom di Dengkil,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Majlis Perasmian program tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia, Dr Siti A'iasah Hashim di Kompleks Utama Nuklear Malaysia.

Bagi program agihan bubur lambuk kepada warga Nuklear Malaysia secara pandu lalu diagihkan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Program Penyelidikan dan Pembangunan Teknologi), Dr Abdul Rahim Harun dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan bagi menangani penularan wabak Covid-19.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!