Semua sekolah di KL, Putrajaya ditutup pada 6, 7 Mei

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kesemua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya diarah tutup selama dua hari bermula Khamis.

KPM dalam kenyataannya berkata, keputusan penutupan sekolah tersebut bertujuan mengurangkan pergerakan dalam komuniti dan antara negeri kerana kedudukan kedua-dua wilayah ini yang bersempadanan dengan daerah dalam Selangor.

"Dalam tempoh penutupan tersebut, Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan dilaksanakan mengikut kesesuaian guru dan murid," kata kenyataan itu pada Rabu.

Kenyataan itu turut menyebut, bagi pergerakan pulang murid asrama sempena cuti hari raya Aidilfitri, pihak sekolah perlu mengekalkan jadual yang telah ditetapkan bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan murid dan ibu bapa atau penjaga.

KPM melalui surat Jabatan Pendidikan Negeri Selangor bertarikh 5 Mei telah mengarahkan semua sekolah bawah kementerian di negeri itu ditutup pada 6 dan 7 Mei.

Arahan dikeluarkan setelah mempertimbangkan syor Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri Selangor (JKKNS) supaya semua sekolah di Selangor ditutup bagi mengurangkan pergerakan dalam komuniti berikutan peningkatan kes Covid-19 di negeri tersebut.

Keputusan itu juga dibuat selepas mengambil kira tempoh persekolahan yang hanya berbaki dua hari sebelum sekolah ditutup sempena cuti hari raya Aidilfitri tahun 2021.

ARTIKEL BERKAITAN: Semua sekolah di Selangor ditutup bermula Khamis

Artikel Berkaitan: