SPRM kesan tiga bekas anggota polis

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan tiga bekas anggota polis bagi membantu siasatan kes suruhanjaya itu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu, individu pertama, Azhar Adon, 61, mempunyai alamat terakhir di Lorong Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Taman Desa Baiduri Cheras.

Kenyataan itu menyebut, individu kedua ialah Rosli Bali, 59 yang beralamat terakhir di Jalan Wawasan 1/3, Bandar Baru Ampang, 68000 Ampang manakala individu ketiga Yusof Ali, 65, alamat terakhir di Kampung Kuala Pajam Beranang.

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai ketiga-tiga individu tersebut boleh menghubungi pegawai penyiasat, Penolong Penguasa Salimatun Farhanim Hishamuddin di talian 03-88911666 atau 013-286 0986.

Artikel Berkaitan: