Wanita Mali lahirkan bayi kembar sembilan

Cisse selamat melahirkan sembilan bayi menerusi pembedahan caesarean pada Selasa. - Foto Mirror.co.uk
Cisse selamat melahirkan sembilan bayi menerusi pembedahan caesarean pada Selasa. - Foto Mirror.co.uk
A
A
A

BAMAKO - Seorang wanita di Mali menarik perhatian selepas melahirkan bayi kembar sembilan di Maghribi melalui pembedahan caesarean pada Selasa.

Menerusi laporan Mirror.co.uk, Halima Cisse, 25, berasal dari sebuah wilayah miskin di barat Afrika, pada awalnya disahkan mengandung bayi kembar tujuh menerusi pemeriksaan 'ultrasound' dan diterbangkan ke Maghribi bagi mendapatkan penjagaan kesihatan yang lebih baik pada 20 Mac lalu.

Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan Mali dalam satu kenyataan memaklumkan Cisse melahirkan lima bayi perempuan dan empat bayi lelaki menerusi pembedahan.

Menteri Kesihatan Mali, Fanta Siby, dimaklumkan oleh doktor yang merawat Cisse bahawa mereka berada dalam keadaan baik dan sihat.

"Ibu dan semua bayinya dijangka pulang dalam tempoh beberapa minggu lagi," katanya.

Siby turut mengucapkan tahniah kepada pasukan perubatan di Mali dan Maghribi kerana sudah melakukan yang terbaik dan profesional ketika menyambut kelahiran luar biasa itu.

Artikel Berkaitan: