Mayat wanita separuh bogel ditemui terapung

Pasukan bomba dan penyelamat memakai pakaian pelindungan diri (PPE) untuk menaikkan mayat wanita yang ditemui terapung di tepi Sungai Rambai, Bestari Jaya, Kuala Selangor pada Jumaat.
Pasukan bomba dan penyelamat memakai pakaian pelindungan diri (PPE) untuk menaikkan mayat wanita yang ditemui terapung di tepi Sungai Rambai, Bestari Jaya, Kuala Selangor pada Jumaat.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Polis mengesahkan terdapat kesan kecederaan fizikal pada mayat seorang wanita yang ditemui terapung di tepi Sungai Rambai, Bestari Jaya, di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, polis masih menjalankan siasatan berhubung kes berkenaan.

Menurutnya, mana-mana pihak atau waris mangsa yang kehilangan ahli keluarga diminta tampil segera menghubungi balai polis terdekat atau berhubung dengan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor, Asisten Superintendan Mohd Sufian Amin di talian 0126149580.

Mengulas lanjut, Ramli berkata, mayat wanita terbabit ditemui dalam keadaan separuh bogel oleh orang awam yang kemudiannya menghubungi polis pada jam 7.30 malam.

"Siasatan awal polis mendapati mangsa berpakaian baju kemeja berwarna maroon dan berseluar jean tetapi baju mangsa dalam keadaan hampir tercabut dan berada dalam keadaan separuh bogel," katanya.

Bagaimanapun, katanya, tiada sebarang identiti mangsa dijumpai di tempat kejadian.

"Mayat telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat," katanya.

Artikel Berkaitan: