X

Kindly register in order to view this article
!

Bayi perempuan 11 bulan maut terjatuh dari tingkat 3

A
A

KUALA LUMPUR - Seorang bayi perempuan berusia 11 bulan maut selepas terjatuh dari tingkat tiga Projek Perumahan Rakyat Sri Aman di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai, dalam kejadian pada jam 6 petang, mangsa dikatakan sedang bermain bersama abang, kakak dan sepupunya di atas katil bersebelahan dengan tingkap dalam bilik rumah itu.

"Siasatan mendapati tingkap di dalam bilik tersebut tidak mempunyai pagar dan katil diletakkan di tengah tingkap tanpa sebarang halangan.

"Pengadu memaklumkan katil itu telah dirapatkan ke tingkap untuk mengemas bilik tersebut," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Eng Lai berkata, siasatan lanjut mendapati tiada sebarang unsur jenayah ditemui dalam insiden itu.

"Ibu mangsa telah membawa anaknya ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan, bayi berkenaan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan apabila tiba di Unit Kecemasan hospital berkenaan," katanya.

Menurutnya, mayat dihantar ke Unit Forensik hospital itu untuk dibedah siasat bagi mengenalpasti punca kematian.

"Hasil laporan bedah siasat mendapati kematian berpunca daripada kecederaan parah di bahagian kepala akibat jatuh dari tempat tinggi. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!