Dua parah, dua cedera kemalangan libat 12 kenderaan

Media sebelum ini melaporkan sebuah lori merempuh beberapa kenderaan di persimpangan lampu isyarat Alam Budiman di sini menerusi satu video tular pada Jumaat.
Media sebelum ini melaporkan sebuah lori merempuh beberapa kenderaan di persimpangan lampu isyarat Alam Budiman di sini menerusi satu video tular pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM – Dua individu parah manakala dua lagi cedera ringan dalam kemalangan membabitkan 11 kereta serta sebuah lori 10 tan di lampu isyarat Alam Budiman, Jalan Mokhtar Dahari, Seksyen U10, di sini pada Jumaat.

Dalam kejadian itu, seorang lelaki dilaporkan kritikal akibat kecederaan di kepala, manakala seorang wanita mengalami kecederaan di kepala dan berada dalam keadaan separa kritikal.

Dua lagi mangsa lelaki masing-masing mengalami kecederaan ringan dan kecederaan di bahagian perut.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.31 petang.

Menurutnya, seramai lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong dikejarkan ke lokasi kejadian dengan sebuah jentera.

"Setibanya di lokasi, komander operasi melaporkan kemalangan membabitkan 12 kenderaan, iaitu 11 kereta pelbagai jenama dan sebuah lori 10 tan.

"Terdapat mangsa yang tersepit dan anggota bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa sebelum kesemua mereka berjaya dikeluarkan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Media sebelum ini melaporkan sebuah lori merempuh beberapa kenderaan di persimpangan lampu isyarat Alam Budiman di sini menerusi satu video tular pada Jumaat.

Menerusi hantaran satu rakaman tular memaklumkan kejadian terbabit berlaku dengan pantas ketika lori dipercayai dari arah Shah Alam itu meluru ke laluan bertentangan.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, menerusi beberapa rakaman video tular turut memaparkan lori terbabit dipercayai dalam keadaan menuruni bukit sebelum merempuh beberapa kenderaan di lokasi kejadian.

Beliau berkata, semua mangsa kemudian diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!