X

Kindly register in order to view this article
!

Pelajar Tingkatan 5 cuba terjun bangunan

Gambar individu cuba berdiri di atas bangunan yang tular di media sosial. Gambar kecil: Aidi Sham
A
A

PORT DICKSON- Seorang pelajar Tingkatan 5 dipercayai cuba terjun bangunan dengan berdiri di bucu bumbung sebuah pasar raya di Pekan Port Dickson dekat sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, dalam kejadian lebih kurang jam 7.15 petang itu, bagaimanapun remaja berkenaan berjaya dipujuk oleh pasukan penyelamat bomba dan dibawa oleh pasukan Angkatan Pertahanan Awam (APM) ke Hospital Port Dickson untuk rawatan.

"Mangsa tidak mengalami kecederaan namun dia kini ditahan di wad HPD kerana masih bertindak agresif dan petugas hospital terpaksa menggunakan ubat penenang untuk menenangkan mangsa.

"Menurut ibunya, mangsa pernah mendapatkan rawatan psikiatri di HTJ Seremban sebanyak dua kali pada tahun lalu serta pernah mengalami masalah kemurungan serta sentiasa bersendirian di rumah," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Mangsa dirujuk ke Hospital Port Dickson untuk tindakan dan rawatan lanjut memandangkan mempunyai rekod psikiatri.

Pada Isnin tular di media sosial gambar seorang individu cuba terjun dari atas bangunan sebuah pasar raya di Port Dickson.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!