Covid-19: Ibu muda mati dalam kereta ketika menunggu rawatan

Mangsa, Jagriti Gupta yang merupakan seorang jurutera maut selepas tiga jam menunggu dalam kereta yang di parkir hospital di bandar Noida, India.
Mangsa, Jagriti Gupta yang merupakan seorang jurutera maut selepas tiga jam menunggu dalam kereta yang di parkir hospital di bandar Noida, India.
A
A
A

SEORANG ibu muda berusia 35 tahun yang dijangkiti Covid-19 meninggal dunia dalam kereta ketika menunggu untuk mendapatkan rawatan di hospital.

Mangsa, Jagriti Gupta yang merupakan seorang jurutera maut selepas tiga jam menunggu dalam kereta yang di parkir hospital di bandar Noida, India.

Ditemani beberapa rakannya, saksi memberitahu dia ternampak rakan wanita itu berlari-lari meminta bantuan namun tiada siapa yang mempedulikannya.

Wanita malang itu merupakan salah seorang daripada ratusan ribu rakyat negara itu yang gagal mendapatkan rawatan segera ekoran peningkatan kes yang tinggi.

India merekodkan kes jangkitan Covid-19 melepasi angka 18 juta selepas mencatatkan hampir 380,000 kes baharu sekali gus memecahkan rekod baharu global.

Rekod kematian pula mencatatkan 204,832 orang selepas 3,645 kematian dalam tempoh 24 jam menyaksikan lonjakan kes jangkitan kematian luar biasa dan menghampiri rekod kematian Mexico yang ketika ini pada tangga ketiga dunia iaitu 216,447 pada Jumaat.

Artikel Berkaitan: