Lelaki miliki dadah, senapang angin ditahan

Lelaki yang ditahan bersama senapang angin buatan sendiri dan dadah jenis syabu dalam serbuan di sebuah rumah di Pantai Remis, Manjung pada Sabtu.
Lelaki yang ditahan bersama senapang angin buatan sendiri dan dadah jenis syabu dalam serbuan di sebuah rumah di Pantai Remis, Manjung pada Sabtu.
A
A
A

MANJUNG - Polis merampas selaras senapang angin buatan sendiri daripada seorang lelaki dalam serbuan di sebuah rumah di Pantai Remis dekat sini pada Sabtu.

Pemeriksaan ke atas lelaki berusia 27 tahun sekitar jam 1.30 petang itu turut menemui dadah jenis syabu seberat 0.2 gram.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, serbuan dijalankan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik itu dibuat selepas menerima maklumat daripada orang awam.

Menurutnya, siasatan mendapati senapang berkenaan digunakan lelaki terbabit untuk menembak burung.

"Lelaki itu mengaku senapang buatan sendiri itu adalah miliknya, namun menafikan ia bagi tujuan jenayah sebaliknya hanya digunakan untuk menembak burung.

"Pemeriksaan lanjut di rumah itu kemudiannya menjumpai satu tiub straw mengandungi dadah jenis syabu," katanya di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, tangkapan dan semua rampasan dibawa ke Balai Polis Pantai Remis untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, polis telah mendapatkan perintah reman terhadap lelaki berkenaan selama tiga hari sehingga 3 Mei ini.

Artikel Berkaitan:

"Kes disiasat di bawah Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960 dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.