Petron lancar kedai rasmi atas talian

Choong Kum Choy
A
A

MINYAK enjin Petron kini boleh didapati secara atas talian melalui platform e-dagang terkemuka Shopee yang mempunyai lebih daripada 16 juta pengguna di Malaysia.

Ini menandakan pelancaran kedai rasmi atas talian yang pertama buat Petron Malaysia, selaras dengan komitmen Petron dalam meningkatkan pengalaman pelanggan dengan menyediakan akses yang lebih luas dan mudah kepada produknya.

Ketua Jabatan Dagangan Runcit dan Komersial Petron Malaysia, Choong Kum Choy berkata, Petron sentiasa berusaha untuk menggembirakan pelanggan dan meningkatkan pengalaman serta jualan.

“Pelanggan Petron kini boleh menikmati pengalaman pembelian yang lancar dengan hanya semak, klik atas talian untuk membeli minyak enjin Petron dan mendapat penghantaran produk terus kepada mereka.

“Pembelian atas talian semakin berkembang dalam kalangan pengguna. Kini, mereka boleh meyakini keaslian minyak enjin Petron yang terdapat di kedai rasmi Petron di Shopee kerana produk-produk dihantar daripada pengedar kami yang sah.

“Kami berharap para pelanggan dapat menikmati inisiatif baharu ini daripada kami sebagai sebahagian daripada usaha Petron bagi memenuhi keperluan terkini mereka dan menawarkan layanan yang lebih baik,” tambah Choong.

Setiap pembelian minyak enjin Petron Blaze Racing 4L dilengkapi dengan hadiah istimewa berupa speaker bluetooth percuma akan diberikan buat setiap pembelian Petron 4L Blaze Racing Fully Synthetic 5W-40, manakala pembelian 4L Petron Blaze Racing Synthetic Blend 10W-40 dilengkapi dengan satu set fon telinga tanpa wayar percuma.

Sementara itu, pelanggan yang membeli 4L Petron Blaze Racing Premium Multi-Grade atau 7L Rev-X Premium Multi-Grade 15W40 akan menerima pengecas kereta USB percuma.

Promosi ini sah sehingga 28 Februari atau sementara stok masih ada atau layari https://shopee.com.my/petronmalaysia.os untuk maklumat lanjut.