Diacu pisau kerana enggan buka puasa dengan bapa mentua

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

AMPANG JAYA - Hanya kerana enggan berbuka puasa dengan bapa mentua, seorang wanita trauma apabila diacukan pisau oleh suaminya dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Pandan Ria, di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, kedua-dua mereka berselisih faham berpunca daripada wanita berkenaan enggan berbuka puasa di luar bersama bapa mentuanya.

"Siasatan mendapati, tidak berpuas hati dengan perkara itu, suami wanita itu mula marah dan bertindak mengambil pisau di dapur dan cuba mengugutnya tetapi mangsa berjaya melarikan diri.

"Keesokan harinya, suspek pulang ke rumah rumah dan masih tidak berpuas hati dengan mangsa malah suspek bertindak memukul mangsa di bahagian badan.

"Suspek juga bertindak mengambil pisau dari bilik tidur mereka serta mengacukan di bahagian pinggang mangsa namun di halang oleh adik ipar mangsa," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Katanya, mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Ampang Jaya.

"Usaha mengesan suspek masih lagi dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan: