X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 06 Disember 2021

Ahmad Fuzi angkat sumpah jawatan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang

Ahmad Fuzi
A
A

GEORGE TOWN - Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak pada Sabtu mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang Dipertua Negeri (YDP) Pulau Pinang kelapan dalam satu majlis penuh istiadat di Dewan Sri Pinang, di sini, menggantikan Tun Abdul Rahman Abbas yang telah berkhidmat sebagai Yang Dipertua Negeri selama 20 tahun.

Pada majlis itu Ahmad Fuzi, 72, mengangkat sumpah jawatan dan kemudiannya menandatangani surat sumpah itu dengan disaksikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang Tun Abdul Majid Tun Hamzah dan Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang Datuk Abdul Razak Jaafar.

Ahmad Fuzi memeriksa barisan kawalan kehormatan yang terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota lain-lain pangkat yang diketuai oleh Mejar Muhammad Farhan Abdul Razak.

Dilahirkan di Sungai Bakap, Pulau Pinang pada tahun 1949, Ahmad Fuzi menyertai perkhidmatan diplomatik dan pentadbiran negara pada tahun 1972 dan pernah berkhidmat dalam pelbagai kapasiti termasuk Ketua Setiausaha di Kementerian Luar Negeri sehingga tahun 2009.

Beliau turut dikurniakan darjah kebesaran negeri iaitu Darjah Utama Pangkuan Negeri (DUPN) yang membawa gelaran Datuk Seri, yang disampaikan kepada beliau oleh Ketua Menteri Chow Kon Yeow pada istiadat pada Sabtu.

Ketika menyampaikan ucapan tahniah dan taat setia kepada Yang Dipertua Negeri yang baru, Kon Yeow berkata, Pulau Pinang mampu untuk terus mencipta kejayaan yang lebih tinggi dengan pelantikan Ahmad Fuzi dengan berbekalkan pengetahuan dan pengalaman luas beliau dalam bidang perkhidmatan diplomatik dan pentadbiran negara. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!