Apa susahnya nak suntik wartawan?

Banyak pihak menyuarakan supaya wartawan diutamakan dalam pemberian vaksin Covid-19.
Banyak pihak menyuarakan supaya wartawan diutamakan dalam pemberian vaksin Covid-19.
A
A
A

AWANG naik pelik kenapa susah sangat kerajaan nak iktiraf wartawan sebagai frontliners dalam memerangi pandemik Covid-19.

Mereka berada di luar sepanjang masa buat liputan. Mereka keluar bersama petugas kesihatan dan keselamatan di lapangan. Banyak yang kena jangkitan Covid-19.

Banyak pihak dah suarakan supaya wartawan diutamakan dalam pemberian vaksin. Kesatuan wartawan pun dah suarakan hal itu. Tapi setakat ini, tak ada reaksi positif tentang itu.

Tak bolehkah kita ambil contoh Indonesia yang peruntukkan 5,000 vaksin untuk wartawan mereka? Hal itu diumumkan sendiri oleh Presiden Jokowi.

Kerajaan Indonesia hargai sumbangan para wartawan. Mereka terdedah kepada bahaya jangkitan pada setiap masa.

Awang rasa sedih dengan cara kerajaan layan para wartawan. Ada macam-macam cerita tentang orang potong barisan dapat suntikan.

Ada khabar vaksin terlebih hantar ke sebuah bandar, lalu dicari orang yang sedia disuntik. Itu belum lagi kluster kayangan yang dapat vaksin daripada sumber istimewa.

Kerajaan patut ingat, wartawan ialah rakan kongsi dalam perang lawan wabak ini. Mereka ada peranan penting.

Artikel Berkaitan:

Jikalau mereka rasa tak selamat sepanjang masa, bagaimanakah mereka hendak menjalankan tugas dengan baik? Bagaimana nak jalin hubungan baik dan profesional dengan kerajaan jikalau mereka tidak dihargai?

Awang harap PM campur tangan dalam soal ini.