Nak berkuasa janji apa saja!

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SEBELUM berkuasa semua nak cadang yang terbaik untuk negara.

Banyaklah janji-janji nak buat reformasi itu dan ini. Kata P Ramlee, “berjanji apa saja!”

Tapi bila dah berkuasa hilanglah cadangan nak buat perubahan sebenar. Itu salah satu pengajaran dari kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang janji bulan dan bintang kepada rakyat. Selama dua tahun memerintah, banyak janji tak ditepati.

Awang diberitahu bahawa Jawatankuasa Konsultasi Pembiayaan Politik telah dibentuk pada zaman Bossku Tuk Seri Najib sebagai PM. Semua orang puji tindakan itu. Rasuah berskala besar bermula daripada pembiayaan politik yang tak ada kawalan.

Seperti kita tahu, Barisan Nasional (BN) tak laksana cadangan jawatankuasa itu masa berkuasa. PH pun tutup mata sebelah bila dalam kerajaan.

Sekarang Bersatu pimpin kerajaan Perikatan Nasional. Orang kuat Bersatu ramai yang terlibat dalam jawatankuasa itu. Nampaknya tak ke mana juga cadangan penting jawatankuasa itu. Reput lagi fail untuk tujuan kebaikan. Macam juga fail Majlis Konsultasi Perpaduan Negara.

Jadi bila cakap pasal Undi 18, Awang tak hairan tindakannya macam semut. Nak bagi peluang pengundi muda memilih tak mudah.

Bagi pembangkang, mereka akan sokong. Tapi siapa dalam kerajaan akan fikir dua kali. Undi anak muda tak boleh diduga. Tak kiralah kalau Dewan Rakyat dah luluskan hal itu setahun setengah dulu.

Artikel Berkaitan:

Kalau boleh tangguh akan ditangguhkan dulu nampaknya.