KPN gesa SPRM siasat ahli politik lompat parti

Abdul Hamid memberi lambaian kepada pemberita yang hadir pada sidang akhbar di Bukit Aman pada Jumaat. -Foto Sinar Harian ROSLI TALIB
Abdul Hamid memberi lambaian kepada pemberita yang hadir pada sidang akhbar di Bukit Aman pada Jumaat. -Foto Sinar Harian ROSLI TALIB
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan unsur rasuah berkaitan ahli politik lompat parti bagi mendapatkan habuan.

Abdul Hamid berkata, pihaknya memerangi rasuah dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), namun dalam politik rasuah berlaku di mana-mana.

"Saya lawan rasuah dalam pasukan, tapi saya tengok rasuah merata-rata dalam politik. (Pemimpin) mabuk kuasa dan membeli orang lain dan mengugut (yang enggan dibeli). Itu adalah rasuah," katanya pada sidang akhbar terakhirnya di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada Jumaat.

Abdul Hamid berkata, SPRM harus tampil mengambil tindakan.

"Rakyat sudah muak tengok sekejap 'katak' melompat sana, sekejap berbunyi sana, apa itu?" katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Menteri tidak sepatutnya jadi Pengerusi SPP - KPN

Beliau berharap rasuah politik dapat dikekang kerana bimbang dengan nasib pasukan polis.

"Apa yang saya takut adalah (jika rasuah politik tidak dibendung)... polis akan digunakan untuk mencapai kepentingan (politik) mereka,” katanya.

Artikel Berkaitan: