Hanafi Zulkapli dipilih sebagai Ketua Pemuda PN

Hanafi
Hanafi
A
A
A

SHAH ALAM - Pemuda Perikatan Nasional (PN) Selangor mengumumkan penubuhan jawatankuasa gabungan itu susulan satu mesyuarat yang diadakan, pada Selasa.

Menerusi pembentukan itu, Ketua Pemuda Pas Selangor, Hanafi Zulkapli dipilih untuk menerajui Jawatankuasa Pemuda PN itu dan dilantik sebagai Ketua Pemuda PN Selangor.

Menurut Hanafi, segala program dan perancangan PN Selangor akan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya menerusi pembentukan jawatankuasa itu.

"Kami komited untuk memberikan khidmat terbaik buat rakyat Malaysia khususnya kepada anak muda Selangor.

"Harapan yang besar daripada Pemuda PN Selangor agar dapat bersama memberi sokongan dan tawaran konsep negara berkebajikan kepada rakyat," katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.

Dalam pada itu, Hanafi berkata, selain membincangkan mengenai pembentukan jawatankuasa berkenaan, mesyuarat itu juga turut memfokuskan tentang program-program bersama Pemuda PN Selangor selepas ini.

"Program yang dirancang ini akan memberi fokus kepada perkhidmatan dan kebajikan buat rakyat negeri ini," katanya.

Artikel Berkaitan: