Maut selepas langgar bonggol

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga Pakistan maut selepas motosikal ditunggangnya hilang kawalan sebelum bertembung dengan sebuah motosikal lain di Jalan Pantai Dalam menghala Kampung Pasir, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 11.10 malam itu, mangsa yang berstatus Pemastautin Sementara, Mohd Jumat Ahmad Ali,45 maut di lokasi kejadian akibat kecederaan di kepala.

Sementara seorang lagi penunggang lelaki warga tempatan berusia 34 tahun mengalami kecederaan pendarahan di kepala dan patah kaki kiri.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, siasatan awal mendapati lelaki Pakistan itu dari arah Kampung Pasir menghala ke Pantai Dalam hilang kawalan sebaik melanggar bonggol jalan.

"Motosikal jenis Honda EX5 ditunggang agak laju menyebabkan mangsa hilang kawalan dan bertembung sebuah motosikal dari arah bertentangan.

"Susulan pelanggaran itu, mangsa tercampak dan mengalami kecederaan di kepala disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sementara seorang lagi mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk menerima rawatan," katanya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: