KWSP masih menunggu respons MAHB

KWSP
KWSP
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) masih menunggu respons daripada Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) kepada suratnya, berhubung pertikaiannya dengan AirAsia Group Bhd (AAGB).

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tunku Alizakri Alias berkata, hanya AAGB telah memberi respons kepada surat itu dan telah menetapkan tarikh untuk bertemu bagi membincangkan perkara itu dalam waktu terdekat.

"Kami sedang menunggu respons daripada MAHB " katanya pada sidang media mengenai prestasi kewangan 2018 KWSP, di sini, hari ini.

"Kami amat bimbang dengan pertikaian itu yang telah dibawa kepada pengetahuan umum.

"Ini bukan sahaja tidak baik bagi kedua-dua organisasi, ia juga tidak baik kepada Malaysia secara menyeluruh kerana syarikat berkenaan (antara) dua kaunter (saham) terbesar ( dalam negara)," kata Tunku Alizakri.

KWSP ialah pemegang saham utama MAHB dan AAGB, memegang lebih 10 peratus dan lima peratus masing-masing dalam syarikat berkenaan. - Bernama

Artikel Berkaitan: