79 sekolah di Selangor diarah tutup

Senarai sekolah ditutup yang dikeluarkan oleh JPN Selangor.
Senarai sekolah ditutup yang dikeluarkan oleh JPN Selangor.
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 79 sekolah di Selangor diarahkan tutup selama dua hari bermula Isnin berikutan terdapat kes jangkitan Covid-19 di sekolah-sekolah tersebut.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor menerusi kenyataan pada Ahad mengemukakan senarai sekolah yang ditutup melibatkan 19 sekolah di daerah Hulu Langat, 18 di Petaling Perdana dan 15 di Klang.

Menurut kenyataan tersebut, sebanyak 27 sekolah dari daerah Petaling Utama, Sepang, Gombak, Hulu Selangor dan Kuala Langat turut diarahkan tutup.

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago mengesahkan sejumlah 15 sekolah di Klang diarahkan tutup selama dua hari bermula Isnin.

Menurutnya, arahan penutupan yang dikeluarkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Klang pada Ahad adalah bertujuan untuk kerja-kerja pembasmian dan aktiviti saringan kepada kontak-kontak rapat.

Hantaran SMK Perempuan Sri Aman di Facebook berkenaan penutupan sekolah tersebut.
Hantaran SMK Perempuan Sri Aman di Facebook berkenaan penutupan sekolah tersebut.

“Sebanyak 15 buah sekolah di Klang diarahkan tutup oleh PPD.

“Penutupan adalah selama dua hari. Keputusan untuk panjangkan tempoh penutupan akan diputuskan dalam tempoh dua hari ini,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perempuan Sri Aman dalam satu hantaran pada Ahad memaklumkan berkenaan penutupan sekolah tersebut selama dua hari bermula Isnin.

Menurut hantaran tersebut, sekolah tersebut ditutup selama dua hari untuk tujuan sanitasi dan disinfeksi serta menjaga keselamatan warga sekolah dari penularan kes Covid-19.