Bayern intai khidmat Nagelsmann

Julian Nagelsmann
Julian Nagelsmann
A
A
A

KELAB gergasi Bundesliga, Bayern Munich menyatakan minat mendapatkan khidmat pengendali RB Leipzig, Julian Nagelsmann bagi menggantikan Hansi Flick yang bakal meninggalkan Allianz Arena pada penghujung musim ini.

Bagaimanapun, Leipzig menuntut bayaran 30 juta euro (RM148 juta) sebelum melepaskan Nagelsmann yang berjaya transformasi Leipzig menjadi antara kelab yang disegani di pentas domestik dan Eropah.

Sekiranya Bayern berjaya memenuhi tuntutan Leipzig, yuran yang dikenakan untuk Nagelsmann itu bakal menjadi pembayaran terbesar dalam sejarah sukan untuk seorang jurulatih bola sepak.

Walaupun baru berusia 33 tahun, Nagelsmann telah berjaya membuktikan kredibilitinya sepanjang tiga musim mengemudi kelab 1899 Hoffenheim sebelum dia mula menerajui Leipzig pada 2019.

Musim lalu, Nagelsmann berjaya membawa Leipzig beraksi di pentas Liga Juara-Juara sebelum perjalanan mereka terhenti pada saingan separuh akhir selepas tewas kepada Paris St Germain (PSG).

Artikel Berkaitan: