Al-Nassr intai khidmat de Gea

DE GEA
DE GEA
A
A
A

KELAB Arab Saudi, Al-Nassr dilaporkan mahu mendapatkan khidmat David de Gea selepas penjaga gol Sepanyol itu kini menjadi ejen bebas.

De Gea masih belum mencapai persetujuan baharu bersama Manchester United selepas kontraknya bersama kelab itu tamat pada Jumaat.

Al-Nassr dilaporkan sedia membayar gaji £250,000 pound (RM1.28 juta) seminggu untuk membawa masuk de Gea ke kelab itu sekali gus bergabung dengan bekas rakan sepasukannya di Old Trafford, Cristiano Ronaldo.

Tawaran dari Timur Tengah itu dilihat cukup lumayan berbanding sekiranya dia memilih untuk kekal di United dengan perubahan gaji yang lebih rendah.

United juga tidak sanggup untuk menunggu jawapan daripada de Gea dengan pengendalinya, Erik ten Hag sedang mencari penjaga gol terbaik.

De Gea akan dijadikan penjaga gol simpanan oleh Ten Hag, tetapi sekiranya dia meninggalkan United, pengendali dari Belanda itu kini perlu mencari dua penjaga gol baharu.

De Gea menyertai United pada tahun 2011 dan melakukan 545 penampilan untuk kelab, memenangi Liga Perdana Inggeris pada musim 2012-13.

Al-Nassr turut memburu pemain tengah Inter Milan dan Croatia, Marcelo Brozovic, manakala masih menanti keputusan Hakim Ziyech.