Covid-19: Lima sekolah di Negeri Sembilan diarah tutup

Pengawal keselamatan, Johari Ismail menutup pintu pagar berikutan penutupan SMK Seremban 2. - Foto Bernama
Pengawal keselamatan, Johari Ismail menutup pintu pagar berikutan penutupan SMK Seremban 2. - Foto Bernama
A
A
A

SEREMBAN - Sebanyak lima sekolah di Negeri Sembilan telah diarah tutup berikutan terdapat kes Covid-19 dalam kalangan murid dan guru.

Menurut sumber, lima sekolah itu termasuk dua di daerah Seremban, dan masing-masing satu di Batu Kikir, Jempol; Port Dickson; serta Kuala Pilah.

"Setakat 25 April ini seramai 25 murid termasuk guru disahkan positif, manakala lebih 200 individu telah dipanggil untuk membuat saringan.

"Alhamdulillah, beberapa keputusan ujian calitan saringan kontak rapat yang keluar adalah negatif, ini kerana pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat di sekolah dapat membantu mengekang penularan," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.