Manchester United, Leeds United sama kuat di Elland Road

Pertahanan Manchester United, Harry Maguire (kiri) ketika mengasak penyerang Leeds United, Tyler Roberts pada aksi liga di Stadium Elland Road sebentar tadi.
Pertahanan Manchester United, Harry Maguire (kiri) ketika mengasak penyerang Leeds United, Tyler Roberts pada aksi liga di Stadium Elland Road sebentar tadi.
A
A
A

GERGASI Inggeris, Manchester United semakin menghampiri slot automatik saingan Liga Juara-Juara musim depan apabila mencatat keputusan seri tanpa jaringan ketika menentang Leeds United pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Elland Road sebentar tadi.

Keputusan itu menyaksikan skuad Ole Gunnar Solskjaer berada 12 mata mengatasi West Ham United yang berada pada kedudukan kelima liga dengan baki lima perlawanan musim ini.

The Red Devils kini berada pada kedudukan kedua liga dengan pendahulu Manchester City terus memimpin liga dengan 77 mata 10 mata di depan United.

Skuad Solskjaer tampil ke laman lawan dengan momentum positif untuk mengekalkan rentak kemenangan dalam empat perlawanan terakhir, namun berdepan tentangan sengit tuan rumah kendalian Marcelo Bielsa.

Tuan rumah yang bertekad menebus kekalahan 6-2 di Old Trafford sebelum ini tidak kurang hebat apabila memiliki peluang terbaik menerusi Helder Costa, namun rembatannya sedikit tersasar.

Pelawat memiliki beberapa peluang merobek gawang lawan terutamanya menerusi sepakan percuma Marcus Rashford, namun digagalkan ketangkasan penjaga gol Leeds, Illan Meslier.

Keputusan seri tersebut menyaksikan anak buah Solskjaer mengumpul 67 mata manakala skuad kendalian Bielsa pula mengumpul 47 mata selepas mengharungi 32 perlawanan.

Artikel Berkaitan: