X

Kindly register in order to view this article
!

KPM perlu siasat dakwaan guru galak perbuatan rogol: Wan Azizah

Wan Azizah
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Pendidikan Malaysia perlu segera menyiasat dakwaan seorang pelajar mengenai kelakuan guru mata pelajaran pendidikan jasmani yang membuat gurauan jenayah rogol.

Ahli Parlimen Pandan, Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, tindakan berani pelajar tersebut perlu diberi perhatian agar perkara seperti ini tidak berulang terutama di sekolah.

“Adalah tidak wajar juga apabila seorang guru lelaki menunjukkan akhlak yang sebegitu seolah-olah mengajar pelajar lelaki yang ada bersama-samanya ketika itu dengan bahasa lucah.

“Ini menunjukkan sikap tidak hormat kepada wanita apatah lagi membolehkan jenayah rogol walaupun dalam bentuk gurauan,” katanya menerusi satu kenyataan pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN Pelajar dakwa guru galak perbuatan rogol

Seorang guru mata pelajaran pendidikan jasmani di sebuah sekolah di Selangor didakwa bergurau keterlaluan kerana seperti menggalakkan pelajarnya melakukan perbuatan rogol.

Dakwa seorang pelajarnya, kejadian itu berlaku pada Jumaat ketika sedang mengikuti mata pelajaran tersebut dengan seorang guru lelaki.

Tambah Wan Azizah, seorang yang bergelar lelaki perlu mempunyai rasa hormat kepada wanita sepertimana menghormati seorang ibu.

“Ada sebuah hadis yang panjang mengenai seorang pemuda yang mendampingi Rasulullah SAW pada suatu hari dan meminta izin untuk berzina.

“Betapa hikmahnya jawapan yang telah baginda Rasulullah SAW berikan iaitu dengan suatu pendekatan supaya timbul rasa hormat pemuda itu kepada mana-mana wanita yang dia ada keinginan untuk berzina.

“Menghormati mereka sepertimana dia menghormati seorang ibu, seorang anak perempuan, seorang saudara perempuan dan ibu saudara perempuannya dan ini akan mencegah pemuda itu daripada melakukannya,” katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!