Tindakan tegas naik harga barang

Anggota penguat kuasa KPDNHEP membuat tinjauan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa (SHMMP) 2021 di Pasar Awam Moden Seksyen 6, Shah Alam pada Ahad. - Foto bernama
Anggota penguat kuasa KPDNHEP membuat tinjauan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa (SHMMP) 2021 di Pasar Awam Moden Seksyen 6, Shah Alam pada Ahad. - Foto bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Pengeluar atau pembekal barangan termasuk bahan basah tidak akan terlepas tindakan tegas sekiranya tidak mengikut Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa (SHMMP) 2021.

Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Azman Adam berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mereka yang tidak mengikut peraturan ditetapkan.

"Pemantauan sentiasa dijalankan di semua peringkat. Sekiranya peruncit menjual melebihi harga ditetapkan, kita akan lihat pemborong. Dalam masa sama kita juga akan lihat sekiranya pemborong didapati mendapat bekalan dengan harga tinggi daripada penternak atau pengeluar.

"Siasatan kita jelas, semua pihak harus mengikut peraturan yang ditetapkan," katanya ketika membuat lawatan bagi melihat pematuhan SHMMP 2021 di Pasar Awam Moden Seksyen 6 di sini pada Ahad.

Beliau berkata, setakat ini sebanyak 169 premis borong dan 8,268 premis runcit melibatkan keseluruhan 8,437 premis sudah diperiksa pihaknya.

"Dalam pemeriksaan yang dijalankan, kita dapati sebanyak lapan kes telah dicatatkan masing-masing melibatkan empat kes tiada tanda harga dan menjual melebihi harga maksimum.

"Jumlah rampasan yang dicatatkan ialah sebanyak RM624 dengan jumlah kompaun sebanyak RM500," katanya.

Artikel Berkaitan: