'Tidak boleh tarik diri daripada ESL'

PEREZ
PEREZ
A
A
A

PRESIDEN Real Madrid, Florentino Perez menegaskan 12 kelab yang telah meninggalkan Liga Super Eropah (ESL) mempunyai kontrak dan tidak boleh sewenang-wenangnya menarik diri daripada kejohanan itu.

Sembilan daripada 12 kelab termasuk enam pasukan daripada Liga Perdana Inggeris (EPL) telah mengumumkan menarik diri daripada kejohanan itu sekali gus menyaksikan ESL berkubur.

Namun, Perez menengaskan ESL tetap akan dilangsungkan dan ketika ini sedang merangka pelan baharu dengan tiga pasukan iaitu Real, Barcelona dan Juventus masih setia dengan idea penubuhan kejohanan itu.

"Saya tidak perlu menerangkan apa kontrak yang telah mereka tandatangani. Tetapi, secara dasarnya mereka tidak boleh meninggalkan ESL.

"Sesetengah pasukan meninggalkan ESL kerana tekanan daripada sesetengah pihak. Tetapi, projek ini atau kejohanan lebih serupa akan tetap dijalankan pada masa terdekat," katanya.

Dalam pada itu, Perez turut menafikan sebuah bank pelaburan di Amerika Syarikat, JP Morgan yang menyumbang dana besar dalam penubuhan kejohanan itu telah menarik diri daripada ESL.

"Mereka (JP Morgan) memerlukan masa untuk melihat kembali perjalanan projek ini sama seperti 12 kelab lain itu. Kita akan melakukan perubahan jika perlu, tetapi idea ESL adalah projek yang terbaik.

"Apa yang sedang kami lakukan ketika ini adalah bertenang dan melihat kepada rasa tidak puas hati pelbagai pihak yang tidak mahu kehilangan hak istimewa dan memanipulasi projek ini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Selain kelab EPL, Atletico Madrid dan dua pasukan Itali AC Milan serta Inter Milan telah menarik diri, manakala Juventus telah menyifatkan ESL sudah tidak mempunyai masa depan.

Penubuhan ESL itu ditentang banyak pihak termasuk penyokong yang menyifatkan pembentukan liga itu tidak beretika selain FIFA dan UEFA akan mengenakan hukuman berat kepada pasukan dan pemain yang terlibat.