Shahidan terima keputusan bukan lagi Pengerusi UMNO Perlis

Datuk Seri Dr Shahidan Kassim bercakap pada sidang media di sebuah hotel malam tadi.- Foto Bernama
Datuk Seri Dr Shahidan Kassim bercakap pada sidang media di sebuah hotel malam tadi.- Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim menghormati dan menerima keputusan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung perlucutan jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perlis pada Ahad.

Menurutnya, keputusan tersebut merupakan hak presiden untuk keharmonian parti dan beliau menerima dengan hati terbuka.

“Saya nak maklumkan kepada semua kawan-kawan, bahawa hak melantik pengerusi perhubungan ini hak Presiden parti.

“Jadi, tiada masalah Presiden nak melantik sesiapa pun pada yang pada pertimbangan beliau untuk kebaikan memimpin Perlis nanti,” katanya pada sidang media khas pada Sabtu.

Ahmad Zahid pada Sabtu mengumumkan pertukaran jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perlis.

Menurutnya, jawatan yang disandang oleh Shahidan sebelum ini telah digantikan kepada Datuk Seri Azlan Man berkuatkuasa serta-merta.

Mengulas lanjut, Shahidan berkata, walaupun sudah tidak menjadi pengerusi di Perlis, program kebajikan yang dianjurkan sepanjang bulan Ramadan tidak akan berubah.

“Program yang saya anjurkan di beberapa negeri dan di negeri Perlis, saya akan teruskan program ini dia lain pada bulan lain, saya akan menghabiskan program bulan Ramadan,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Beliau turut menjelaskan akan tetap menggerakkan kemenangan di Perlis dengan kerjasama yang erat dengan wakil bahagian Padang Besar dan bahagian Kangar.

Dalam pada itu, beliau menegaskan sesiapa yang melanggar keputusan parti perlu diambil tindakan disiplin terutama yang menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim