MBSA sedia tong RORO percuma lupus sampah menjelang Aidilfitri

Perkhidmatan tong RORO disediakan secara percuma untuk membantu penduduk di Shah Alam membuang sampah pukal menjelang Hari Raya Aidilfitri.
Perkhidmatan tong RORO disediakan secara percuma untuk membantu penduduk di Shah Alam membuang sampah pukal menjelang Hari Raya Aidilfitri.
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyediakan sejumlah 294 tong ‘Roll On Roll Off’ (RORO) untuk memudahkan orang ramai membuang sampah pukal seperti perabut lama, barangan elektrik dan sebagainya menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad menerusi satu kenyataan berkata, semua tong RORO tersebut diletakkan di kawasan sekitar Shah Alam iaitu di Seksyen 1 hingga Seksyen 36 dan Seksyen U1 hingga Seksyen U20.

Menurutnya, perkhidmatan tersebut disediakan secara percuma bermula dari 26 April 2021 hingga 11 Mei 2021 dengan meletakkan tong RORO di lokasi yang sesuai secara berperingkat untuk kemudahan penduduk.

“Perkhidmatan tersebut dilaksanakan bagi memberikan kemudahan kepada penduduk melaksanakan aktiviti gotong royong secara persendirian di setiap kediaman masing-masing.

“Ia juga bertujuan memberikan didikan kepada warga Shah Alam tentang pengurusan sampah pukal dengan cara yang betul,” katanya dalam kenyataan tersebut pada Sabtu.

Dalam pada itu, Shahrin mengingatkan penduduk agar meletakkan sampah pukal di dalam tong RORO tersebut bagi memudahkan pihak kontraktor membuat kutipan dan memastikan kawasan sekitar sentiasa bersih dan selesa.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan berhubung perkhidmatan tong RORO boleh menghubungi Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, MBSA di talian 03-5510 5133 sambungan 1316.

Artikel Berkaitan: