X

Kindly register in order to view this article
!

Krisis Myanmar: Ketua junta terima tiga usul Malaysia

Muhyiddin ketika sidang media dengan wartawan Malaysia selepas menghadiri Mesyuarat Khas Pemimpin ASEAN bagi membincangkan mengenai krisis di Myanmar hari ini. - Foto Bernama
A
A

JAKARTA - [DIKEMASKINI] Pertemuan pemimpin-pemimpin ASEAN yang baru berakhir, menyaksikan kejayaan dalam usaha untuk menangani krisis di Myanmar, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Kita telah berjaya. Di luar jangkaan dalam mendapatkan sebarang hasil mesyuarat hari ini,” kata perdana menteri.

ASEAN terlibat secara konstruktif dengan Jeneral Kanan Min Aung Hlaing dari Myanmar, ketua junta, dalam pertemuan yang diadakan di Sekretariat ASEAN, di sini pada Sabtu.

Muhyiddin berkata, Myanmar menerima ketiga-tiga usul yang dikemukakan Malaysia dalam menangani krisis tersebut.

Usul pertama ialah perlu meredakan ketegangan di lapangan dan menghentikan pembunuhan serta kekejaman terhadap orang awam.

Bagi usul kedua, negara itu perlu membebaskan tahanan politik serta-merta tanpa syarat manakala bagi usul ketiga pula memberi akses kepada Pengerusi dan Setiausaha Agung ASEAN ke Myanmar termasuk akses kepada semua pihak yang berkenaan.

"Myanmar memberikan maklum balas yang baik dan tidak menolak ketiga-tiga cadangan Malaysia," katanya.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, hasil mesyuarat itu membuktikan beberapa kritikan bahawa kumpulan serantau berkenaan tidak melakukan sebarang usaha dalam menangani krisis tersebut adalah salah.

"Kami sangat prihatin dengan perkembangan di Myanmar dan kami mencari jalan untuk menanganinya," katanya.

Perdana menteri berkata, ASEAN akan terus memainkan peranannya dalam mengatasi krisis tersebut.

Muhyiddin juga mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatnya dari Vietnam, Pham Minh Chinh di luar pertemuan itu di Sekretariat ASEAN. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!