Arsenal bimbang hilang khidmat Odegaard

Presiden Real Madrid, Florentino Perez dikatakan enggan melepaskan Odegaard kerana masih kecewa dengan tindakan enam kelab EPL menarik diri daripada ESL. - Foto Twitter Arsenal Goals
Presiden Real Madrid, Florentino Perez dikatakan enggan melepaskan Odegaard kerana masih kecewa dengan tindakan enam kelab EPL menarik diri daripada ESL. - Foto Twitter Arsenal Goals
A
A
A

TINDAKAN kesemua enam kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) menarik daripada menyertai saingan Liga Super Eropah (ESL) menyebabkan Arsenal bimbang bakal kehilangan pemain pinjamannya dari Real Madrid, Martin Odegaard.

Arsenal diberitakan bakal kehilangan khidmat Odegaard musim depan ekoran skuad Los Blancos itu masih tidak berganjak dengan keputusan mereka untuk menyertai ESL yang dipalit kontroversi sejak beberapa hari lalu.

Menyedari Odegaard banyak menjelmakan impak positif sejak berhijrah ke Emirates, Arsenal tidak ragu-ragu untuk mendapatkan pemain antarabangsa Norway berusia 22 tahun itu secara tetap.

Namun, halangan besar yang dihadapi Arsenal ketika ini apabila Presiden Real, Florentino Perez enggan melepaskan Odegaard kerana masih kecewa dengan tindakan enam kelab EPL menarik diri daripada ESL.

Artikel Berkaitan: