Fahmi Reza direman sehari

Fahmi ditahan polis pada Jumaat bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menghina Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. (Gambar kecil: Huzir Mohamed)
Fahmi ditahan polis pada Jumaat bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menghina Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. (Gambar kecil: Huzir Mohamed)
A
A
A

KUALA LUMPUR - Aktivis, Fahmi Reza direman sehari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menghina Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Perkara itu disahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed.

"Fahmi direman satu hari pada Sabtu untuk siasatan polis," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Pada Jumaat, Huzir memaklumkan Fahmi Reza atau nama sebenarnya Fahmi Reza Mohd Zarin ditahan di sebuah lokasi di ibu negara oleh sepasukan anggota JSJ Bukit Aman.

Penahanan ke atas suspek dibuat susulan satu laporan polis yang diterima berkaitan satu hantaran menggunakan akaun Facebook Fahmi Reza yang didapati menghina Raja Permaisuri Agong.

Hantaran itu mengandungi sekeping gambar Raja Permaisuri Agong berserta kapsyen 'This is dengki ke?'

Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (UJST), Bahagian D5, JSJ Bukit Aman mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis tahan Fahmi Reza

Artikel Berkaitan: