TFC, JDT saling menghormati

Barisan pemain TFC menjalani latihan sebagai persiapan berdepan JDT di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Sabtu. - Foto FB Terengganu FC
Barisan pemain TFC menjalani latihan sebagai persiapan berdepan JDT di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Sabtu. - Foto FB Terengganu FC
A
A
A

TERENGGANU FC (TFC) lebih cenderung mengambil pendekatan merendah diri menjelang pertemuan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Sabtu.

Ketua Jurulatih TFC, Nafuzi Zain berkata, JDT yang tampil sebagai juara Liga Super tujuh kali berturut-turut ternyata berada dalam kelas tersendiri jika hendak dibandingkan dengan skuad kendaliannya.

“Kalau hendak dibandingkan dengan TFC dengan JDT, rasanya tidak boleh berbuat demikian kerana mereka sudah mempunyai pemain yang sama dalam tempoh dua ke tiga tahun ini.

“Jadi sudah tentu daripada aspek persefahaman dan pemain, mereka ada kualiti tetapi jika pemain saya ada sentiasa yakin semasa memegang bola ketika permainan, saya rasa tidak ada masalah untuk kita bersaing.

“Cuma pesanan saya kepada pemain, mereka kena berikan fokus sejak minit pertama permainan lagi kerana lawan sering kali mampu meraih gol di minit-minit awal, jadi mereka perlu sentiasa berdisiplin mengikut arahan yang diberikan, ” katanya.

Di kem JDT pula, pengendalinya, Benjamin Mora mengakui TFC sebagai pasukan yang perlu diberi perhatian selepas menampilkan prestasi cemerlang biarpun dibarisi majoriti pemain muda.

“Setiap pasukan yang berdepan JDT, keyakinan pasukan itu akan meningkat tanpa mengambil kira di mana kedudukan mereka di dalam liga buat masa sekarang ini.

“Jurulatih Nafuzi telah melakukan satu tugasan yang baik dengan pemain-pemain muda, namun kami positif boleh meneruskan apa yang kami telah lakukan di Stadium Sultan Ibrahim,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: