X

Kindly register in order to view this article
!

Lelaki miliki 58 rekod jenayah ditahan, tipu jual beli kereta mewah

A
A

PETALING JAYA - Tidak serik melakukan jenayah, seorang lelaki yang mempunyai 58 rekod lampau sekali lagi ditahan polis berhubung kes penipuan jual beli kereta Jaguar XF di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, dalam kejadian pada jam 5 petang itu, mangsa seorang lelaki berusia 55 tahun yang bekerja sebagai doktor di sebuah klinik swasta telah berjumpa suspek untuk urusan penjualan sebuah kereta Jaguar XF dengan harga RM90,000.

"Mangsa juga telah menandatangani beberapa surat perjanjian, sebelum menyerahkan kereta miliknya kepada suspek," katanya melalui kenyataan pada Jumaat.

Mohamad Fakhrudin berkata, pada jam 5.30 petang, hari yang sama, suspek berusia 42 tahun itu telah menghantar mesej WhatsApp kepada mangsa memaklumkan pembayaran sebanyak RM90,000 telah dibuat sebanyak dua kali transaksi ke dalam akaun bank mangsa.

"Setelah disemak, mangsa mendapati tiada kemasukan wang ke dalam akaun banknya," katanya.

Beliau berkata, polis berjaya menahan suspek serta merampas sebuah kereta Jaguar XF berwarna Maroon.

"Semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai 58 rekod jenayah, daripada jumlah itu sebanyak 55 rekod berkaitan kes jenayah komersial.

"Suspek ditahan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!