Dr Afifi rakyat Malaysia pertama terima vaksin di Oxford

Datuk Dr Afifi al-Akiti - Foto Bernama
Datuk Dr Afifi al-Akiti - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Felo Pusat Pengajian Islam Universiti Oxford, Datuk Dr Afifi al-Akiti menjadi rakyat Malaysia pertama menerima suntikan vaksin di Oxford, United Kingdom.

Beliau yang juga Orang Kaya Kaya Imam Paduka Tuan (Orang Besar Delapan) Negeri Perak Darul Ridzuan disuntik dengan dos pertama vaksin Oxford-AstraZeneca ketika menjalani ibadah puasa pada Jumaat.

“Alhamdulillah tak ada rasa sakit apa pun dan ini memang halal.

“Mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Jadi, saya syorkan kita semua ambil vaksin,” katanya menerusi sebuah video.

Dr Afifi yang juga dikenali sebagai Sheikh Afifi mencipta sejarah pada tahun 2008 menjadi ulama Melayu pertama yang dilantik mengajar di universiti termasyhur di dunia sebagai Felo Pusat Pengajian Islam di Universiti Oxford.

Artikel Berkaitan: